MAKLUMAN UNTUK SEMUA

blog ini akan di ubahsuai sepenuhnya secara berperingkat-peringkat. Terima Kasih

04 February, 2009

PROMOSI HEBAT....

Produk sama dgn RM-Saver....sekarang dikenali dengan STR 2020.

Bahan untuk menjimatkan petrol @ diesel paling efektif masa kini. Produk tempatan yang dikilangkan di Jerantut, Pahang ini diperbuat daripada 70% bahan dari kelapa sawit dan selebihnya adalah dari formula STR.

Bahan ini tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada enjin anda dan dijamin liabiliti produk sebanyak RM 2.5 juta. Malah ianya akan memanjangkan usia enjin anda, mengurangkan kos baikpulih dan yang paling penting menjimatkan minyak anda sehingga 45%.

Produk ini telah melalui peringkat R&D selama 13 tahun dan lulus berbagai ujian termasuk dari sirim, singapore NOVO, India ITALab Korea PIS dan banyak negara lagi termasuk China, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Australia, New Zealand dan banyak lagi. Diiktiraf oleh TUV Cert ISO 9001:200. Terbaru lulus ujian dengan EURO 4 (2005) for any vehicle - 98/69/EC (& 2002/80/EC) yang mengesahkan bahan ini selamat untuk semua jenis kenderaan bermotor.

Dengan hanya RM 15.90 sebotol (150ml) semua orang mampu menggunakannya.
PROMOSI HEBAT - RM 30 untuk 2 botol automatik menjadi ahli. kelebihan menjadi ahli, selain dapat berjimat, anda juga dapat menjana pendapatan lumayan.

Anda pasti akan teruja setelah menggunakan STR2020 kami pada kenderaan anda. Hanya anda yang menggunakan produk ini sahaja boleh merasai dan menceritakan kehebatan produk dan prestasi serta kelancaran kenderaan anda.


CUBALAH SEKARANG hubungi Ahmad (013-9232421)

Read More......

Renung2kan - Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa.

Sekadar mencelah

~~manusia BUKAN MILIK manusia

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.
'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).
Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'
- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'-
Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim
& sikap yang buruk dalam tetangga.'-
Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran'-
Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'-
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon& kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'
-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'
- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...



TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat. ..'

Read More......

02 January, 2009

str 2020

Dapatkan bahan penjimat minyak paling efektif tahun 2009. STR 2020 adalah buatan kelapa sawit. Ia terdiri daripada 70% minyak sawit dan 30% formula STR. ianya amat menjimatkan (sehingga 45%).Promosi hebat...hanya RM 30 untuk 2 botol STR 2020 (150ml)

Jenama STR2020 telah mendapat pengiktirafan dari badan-badan pengiktirafan seperti SIRIM dari Malaysia, NOVO dari Singapore dan badan-badan pengiktirafan di negara-negara lain di China, Korea, India, Hong Kong, Indonesia dan sebagainya. Jenama STR2020 memberi jaminan keselamatan dengan insuran 2.5juta Ringgit Jenama STR2020 telah menerima sambutan yang amat baik dari pengguna-pengguna, ini bermakna ia telah diTERIMA oleh pengguna- pengguna tanpa sebarang keraguan dan masalah.

Apakah kelebihan dan kebaikan aditif STR2020?

  • menjimatkan minyak meningkatkan kuasa enjin
  • membersihkan injektor, spark-plug, karburetor, pam minyak dan sistem penghantaran minyak
  • enjin lebih sejuk dan senyap
  • sesuai untuk kenderaan diesel/petrol dan mesin-mesin perindustrian
  • lebih senang menghidupkan enjin
  • mengurangkan asap hitam
  • bahan aditif tidak mudah bakar
  • mengurangkan pencemaran alam sekitar



Read More......

12 December, 2008

POKOK BUAH GOJI NINGXIA BANJARAN HIMALAYA

Goji Yang Sungguh Mengagumkan Dan Teks Perubatan Cina Purba. Goji telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama lebih 5000 tahun. Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut: Ben Cao Hui Yan menyatakan: "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".

Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :-

1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi
tindakan anti-oksida yang tinggi.
2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan
penyakit.
3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda.
4. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"
5. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
6. Goji mengurangkan risiko kanser
7. Goji mengurangkan kolestrol
8. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
9. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
10. Goji membantu mengurangkan berat badan
11. Goji melegakan sakit kepala dan pening
12. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak
13. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
14. Goji menguatkan jantung anda
15. Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung)
16. Goji meningkatkan halangan penyakit
17. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)
18. Goji digunakan sebagai rawatan kanser
19. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi
yang menyebabkan kanser)
20. Goji menghalang tumbesaran tumor
21. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi
22. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah,
sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum)
23. Goji meningkat limfosit
24. Goji mengaktifkan enzim anti-radang
25. Goji menyokong fungsi hati yang sihat
26. Goji merawat simptom-simptom menapause
27. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung
28. Goji meningkatkan kesuburan
29. Goji menguatkan otot dan tulang anda
30. Goji menyokong fungsi buah pinggang
31. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan
32. Goji membantu batuk kering yang kronik
33. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah
34. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda Goji membantu sistem penghadaman

UNTUK PESANAN SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 013-9232421



Read More......

09 December, 2008

Khasiat mandi

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik(sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Read More......

05 December, 2008

Jangan kentut depan GAY!

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.
"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan tu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.
"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu. Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan.
Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.
"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.
"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.
"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki :
Jangan berkentut di hadapan GAY. AWAS!!

Read More......

03 December, 2008

Penurunan harga minyak tidak dihargai

Sudah sepatutnya, rakyat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menurunkan harga minyak dan diesel tetapi reaksi yang diberikan baik dalam media massa mahupun di peringkat bawahan nampaknya dingin dan seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Bukankah penurunan itu sepatutnya berita baik yang sepatutnya dirai bersama?

Reaksi dingin yang ditunjukkan kebanyakan pengguna seolah-olah menggambarkan adalah menjadi hak mutlak mereka untuk menikmati bekalan minyak dan diesel pada harga berpatutan lagi rendah. Pada pandangan mereka, memastikan harga minyak dan diesel di pasaran sentiasa rendah adalah tanggungjawab dan kewajipan kerajaan.

Lazimnya, apabila berlakunya kenaikan harga minyak secara mendadak, pihak kerajaan pula dipersalahkan. Inilah pendekatan konvensional yang sering digunakan oleh pihak tertentu dan individu yang tidak faham terhadap pengurusan ekonomi untuk menyemai benih kebencian terhadap kerajaan.

Sebagai pengguna, saya bagaimanapun ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana begitu prihatin dengan bebanan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat biasa seperti saya. Apa yang dilakukan kerajaan dalam menangani isu kegawatan ekonomi global termasuk dalam menentukan harga minyak dan diesel tempatan untuk kebaikan bersama.

Tapi…jangan lupa untuk penjimatan maksimum hanya ada pada RM-Saver. Mungkin kita mampu jimatkan kos minyak tetapi kos sara hidup yang lain belum pasti. Pada saya meminimumkan kos minyak kita pun sudah memadai pada kita tidak jimat langsung. INGAT minyak…INGAT RM-saver.

Read More......

27 November, 2008

Khasiat peluk isteri .....

KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN ... YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan umatnya berkahwin ... :-))


Seks adalah Multivitamin?

Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak ... beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "ubat sakit kepala" yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika Anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.



Read More......

Beza Lelaki Dan Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Read More......

26 November, 2008

Petua elak rambut gugur

Mari cuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya…. anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

note: bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda atau dapatkan ia di kampung.

Read More......

Petua-petua perubatan tradisional

Di sini saya ade beberapa petua trdisional untuk dikongsikan bersama. Tiada jaminan ianya 100% berkesan. Tetapi anda boleh mencubanya di rumah sebagai ikhtiar....

1. Asma/semput
2. Barah
3. Batuk lelah
4. Mengurangkan Masalah Darah Tinggi
5. Sakit Hati
6. Penawar Resdong
7. Demam Panas
8. Gegata (bengkak-bengkak dan gatal)
9. Hidung berdarah
10. Berak Darah
11. Menurunkan Darah Tinggi
12. Melawaskan kencing.
13. Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
14. Hilangkan Sakit Kepala
15. Darah Tinggi


1. Asma/semput
-Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
-Daun ekor kucing dan sedikit kapur makan diramas sehingga keluar air dan digosokkan pada belakang dan dada pesakit asma.

2. Barah
-Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
-rebus daun pecah beling dan minum sebanyak 3 kali sehari,rasanya tidaklah pahit seperti minum teh o tanpa gula.

3. Batuk lelah
-Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
-Amalkan minum air madu lebah yang di campur dengan air suam.

4. Mengurangkan Masalah Darah Tinggi
-Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga boleh direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah semoga ianya berjaya.
-minum air rebusan daun pecah beling yang terbukti banyak khasiat.Rasanya tidak pahit.

5. Sakit Hati
Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

6. Penawar Resdong
Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan.Mengamalkan perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya. Lakukan ini setiap kali mengambil wuduk atau pun sampai kesatu destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang kerumah malah kemana saja. Amal kesannya sungguh menakjubkan.Jika rasa gatal pada mata atau wajah ambil tuala basahkan dengan air suam dan tekap pada wajah untuk medakan kegatalan jangan di garu nanti bertambah parah.

7. Demam Panas
-Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
-ambil daun bunga raya dan 7 butir beras dan sedikit air diramassehingga keluar lendir dan selawat sebanyak 11 kali dan sapu pada kepala ,perut atau jaram/sapu seluruh badan.Ulang sehingga panas berkurangan.peringatan jangan jaram/sapu masa matahari naik (12.00-2.00 tengahari). Seeloknya waktu pagi atau malam.

8. Gegata (bengkak-bengkak dan gatal)
Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

9. Hidung berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

10. Berak Darah
Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang

11. Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

12. Melawaskan kencing
Ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

13. Terkena atau Terpijak Paku Berkarat

Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.

14. Hilangkan Sakit Kepala
Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala , biarkan selama 1/2 jam insyaAllah hilang sakit kepala.

15. Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada allah.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari ,Insyaallah dengan izin Allah,selamat mencuba.

Read More......

Cantiknya wanita

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."


Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana, Setiap Wanita itu Cantik...

Read More......

21 November, 2008

Adakah masa boleh dibeli..???

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?

Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam dipejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.



Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..

Selanjutnya....

Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah? Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?

Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang..

"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan......"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah..... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

p/s: Kongsilah cerit ini ngan sapa² pun yg anda suka tapi.. yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama² dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya... yang bakal kerja esok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama² dengan mereka yang begitu rapat dengan kita... yang sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan... bila dah tua nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat akan senang² cari orang lain... gantikan kita. Tapi.. keluarga, rakan² yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka...

Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

Read More......

20 November, 2008

Panduan nikmati tidur lena

TAHUKAH anda yang kita menghabiskan satu pertiga daripada kehidupan untuk tidur?

Hakikatnya, tidur memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang itu. Tidur yang terganggu akan mengurangkan fokus, sekali gus menjejaskan kegiatan harian termasuk kerja.

Ada pelbagai sebab mengapa tidur anda terganggu, antaranya tilam yang tidak selesa, kehadiran nyamuk, bunyi bising, panas atau bagi wanita, kedatangan haid yang terlalu banyak terutama pada beberapa hari pertama menyebabkan anda rasa tidak selesa.

Berikut disediakan beberapa tip untuk tidur yang lebih lena, agar anda bangkit daripada tidur dengan tubuh dan minda yang segar serta cergas sepenuhnya!

Suhu bilik yang sejuk

Nyamankan suhu bilik anda. Kalau terasa panas, pasanglah kipas atau penghawa dingin. Sesetengah orang lebih sukakan bilik yang kurang sejuk dan ada pula yang berpendapat lebih sejuk lebih seronok. Terpulang kepada anda. Bila persekitaran sudah selesa, bolehlah anda tidur dengan nyenyak.

Mandi sebelum tidur

Badan akan rasa lebih selesa selepas mandi. Sarungkan baju tidur kegemaran anda, tidak kisahlah walaupun rupanya sudah tidak serupa baju tidur, tetapi ia tetap yang paling selesa bukan? Lagipun masa tidur tiada siapa yang hendak tengok. Baju kelawar pun okey!

Pasang lilin

Wah untuk menimbulkan suasana romantik atau untuk cipta kesan ala ‘boudoir’, nyalakan lilin. Lebih seronok kalau lilin itu beraromaterapi. Memang lena tidur, tetapi awas, jangan sampai terbakar bilik pula!

Tetapkan waktu tidur anda

Waktu tidur pun ada rutinnya! Jangan main suka-suka saja, jika tidak, kucar-kacir jadinya ‘sistem jam’ badan anda. Kalau anda biasa tidur jam 11 setiap malam dan bangun jam 6 pagi, cuba untuk tidak lari daripada jadual berkenaan. Kadang-kadang bila salah tidur atau tidur terlalu lama, boleh lesu badan dibuatnya!

Katil yang selesa

Tidak salah kalau melabur sedikit untuk bilik tidur anda. Dapatkan bantal yang empuk, gebar yang menepati kehendak anda dan sekali-sekala belilah alas tilam yang ukuran benangnya lebih halus. Walau lebih mahal, berbaloi sebenarnya. Lagipun ini semua bukannya untuk orang lain, untuk anda juga!

Jangan makan besar dan minum kafein

Elakkan mengambil makanan berat antara dua hingga tiga jam sebelum anda tidur. Ia akan menyebabkan perut anda senak dan susah pula hendak mengiring ke kiri dan ke kanan. Satu lagi, sebarang bentuk minuman yang mengandungi kafein mesti dijauhkan. Ingat, kafein bukan saja ada dalam kopi, malah teh, coklat dan air kola.

Jangan terbawa-bawa

Seharian di pejabat atau di sekolah kadangkala cukup merunsingkan. Pelbagai masalah yang timbul, kadangkala sampai tidak lena tidur memikirkannya. Sebelum anda pejamkan mata, tenangkan fikiran dan berhentilah memikirkan masalah dunia. Badan anda juga berhak untuk mendapat rehat secukupnya. Baca doa dan terus pejamkan mata. Jadi tidaklah anda diganggu dengan mimpi ngeri.

Khas untuk golongan Hawa

Kalau sedang datang bulan, memang cukup tidak selesa hendak tidur. Kadang-kadang aliran darah yang banyak membuatkan kita tidur secara menegak saja. Tidak bergerak langsung. Ini semua dapat diselesaikan dengan memakai tuala wanita yang bagus. Tip hebat: Gunakan Kotex Overnight! Dengan dwi saluran antibocor, ia memberi perlindungan ekstra untuk mencegah masalah kebocoran. Dengan pilihan 28cm dan Extra Long 32cm, ia sesuai untuk aliran banyak terutama pada malam hari. Jadi dapatlah anda tidur dengan selesa.

Pastikan bilik anda selesa dan tenang

Bilik tidur yang cantik dan kemas pasti membuatkan anda tidak mahu keluar daripadanya. Tidak perlu menggunakan khidmat pereka dalaman untuk mengubah suai bilik anda, cuma pastikan susun atur dan skima warna yang digunakan bersesuaian. Kalau anda mahukan lebih, sertai Peraduan Mimpi Indah dengan Kotex dan anda berpeluang memenangi set bilik tidur baru bernilai RM5,000. Anda hanya perlu berkongsi mengenai mimpi anda yang terindah dan hantarkan borang lengkap dengan satu polibeg mana-mana produk Kotex Overnight. Bayangkan set bilik tidur idaman yang bakal anda menangi, tentu anda tidak ada masalah untuk tidur dengan selesa dan tenang,

Jangan lupa untuk mencuba panduan berkenaan! Tidur lena secukupnya dan buaikan diri anda dengan mimpi indah!

Read More......

Lelaki dengan masalah prostat

PROSTAT adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing golongan lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali sebagai urethra.

Saiznya sebesar kacang walnut sementara fungsinya adalah menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani.

Seperti kelenjar yang lain, beberapa masalah dan penyakit boleh timbul dalam kelenjar prostat. Penyakit dan masalah yang utama adalah Benign Prostatic Hyperplasia (Pembesaran Kelenjar Prostat) dan kanser prostat.

Pembesaran Kelenjar Prostat

Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH adalah pembesaran kelenjar prostat yang disebabkan oleh rangsangan hormon testosterone.

Pertambahan saiz prostat sebegini dapat dilihat di kalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas. Mengikut perangkaan, lebih 50 peratus lelaki pada peringkat umur 40-an menghadapi masalah ini dan peratusan berkenaan meningkat kepada 75 peratus di kalangan mereka yang berumur 80 tahun ke atas.

Bilangan kes BPH di Malaysia kian meningkat dengan bertambahnya bilangan warga emas. Pada ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004, lebih 50 peratus daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala ini.

Saiz kelenjar prostat yang besar daripada normal akan menyebabkan salur kencing yang melalui kelenjar tersebut sempit.

Akibatnya, mereka yang mempunyai masalah ini akan kerap mengalami kesukaran dalam membuang air kecil.

Antara tanda-tanda akibat BPH termasuklah aliran kencing yang kurang baik (poor stream), kerap membuang air kencing (frequency), tidak dapat mengosongkan pundi kencing selepas membuang air (incomplete emptying) dan air kencing menitik dari kemaluan selepas selesai membuang air (terminal dribbling).

Selain itu, pesakit juga akan mengalami nokturia iaitu perlu bangun dari tidur pada waktu malam untuk membuang air kecil.

Sekiranya tidak dirawat, pembesaran kelenjar prostat yang tidak dikawal akan menyebabkan salur kencing tersumbat dan pesakit tidak dapat membuang air kencing secara normal.

Selain itu, tekanan di dalam pundi kencing yang tinggi boleh menyebabkan risiko buah pinggang menjadi bengkak dan gagal berfungsi (renal failure).

Pembentukan batu karang juga boleh berlaku di dalam pundi kencing akibat masalah tersebut. Oleh kerana pesakit perlu meneran untuk mengeluarkan air kencing, dia juga berisiko mendapat penyakit hernia.

Selain masalah kesihatan, pesakit juga akan menghadapi pelbagai masalah sosial kerana perlu kerap ke tandas untuk kencing.

Oleh kerana pesakit kadang kala terpaksa ke tandas dengan begitu kerap, hingga sejam sekali, ini akan mengganggu aktiviti sosialnya seperti ketika melancong, menonton wayang atau memandu kereta ke tempat yang jauh.

Keperluan bangun pada waktu malam untuk membuang air kencing juga mengganggu tidur seseorang pesakit dan menyebabkannya letih pada siang hari kerana kurang tidur. Ada juga pesakit yang perlu bangun antara enam hingga lapan kali setiap malam.

Pengesahan dan rawatan

Pengesahan penyakit BPH memerlukan sejarah kesihatan pesakit dan tanda-tanda pesakit digunakan untuk mengkategorikan sama ada keadaan serius atau tidak mengikut International Prostate Symptom Score (IPSS).

Tahap IPSS antara lapan hingga sembilan memerlukan rawatan. Sekiranya tahap IPSS seseorang itu adalah 20 hingga 35, keadaannya dikategorikan sebagai serius.

Pemeriksaan fizikal melibatkan pemeriksaan melalui dubur untuk mengesahkan bahawa kelenjar prostat sudah membesar.

Di pusat urologi, terdapat juga alat yang dapat mengukur sama ada aliran air kencing lemah atau tidak (uroflowmeter).

Ujian darah yang perlu dijalankan adalah untuk menentukan fungsi buah pinggang (renal profile) serta bagi menyaring antigen kanser prostat (PSA- Prostate Specific Antigen).

Rawatan untuk BPH pula mungkin secara pengambilan ubat-ubatan ataupun pembedahan. Ubat yang digunakan adalah jenis alpha-2-blocker yang berperanan mengurangkan saiz kelenjer prostat.

Selain itu, ubat jenis 5-alpha reductase dapat membantutkan pembesaran saiz kelenjar prostat dengan mengurangkan penghasilan hormon testosteron.

Berbanding dengan alpha-2-blocker yang memberi kesan hampir serta-merta, ubat jenis 5-alpha reductase hanya akan memberi kesan selepas lebih kurang satu bulan, tetapi kesannya juga lebih berpanjangan.

Kebanyakan kes BPH dapat dirawat dengan kaedah perubatan. Pembedahan diperlukan sekiranya tanda-tanda tidak dapat dikawal lagi dengan ubat atau sekiranya terdapat komplikasi seperti batu karang.

Pembedahan yang biasa dijalankan adalah transurethral resection of prostate (TURP) di mana bahagian prostat yang menyebabkan salur kencing menjadi sempit dibedah untuk membolehkan air kencing mengalir dengan elok semula.

Pembedahan ini dijalankan secara endoskopi di mana teropong khas (endoskop) dimasukkan ke dalam salur kencing dan membolehkan kelenjar prostat dibedah dengan hanya menggunakan alat endoskopi.

Komplikasi yang mungkin terjadi akibat pembedahan ini termasuk pendarahan, masalah pancutan air mani (retrograde ejaculation) serta mati pucuk.

Kaedah-kaedah baru rawatan termasuk dengan penggunaan tenaga gelombang mikro untuk memusnahkan tisu prostat (transurethral microwave thermotherapy).

Kanser prostat

Kanser prostat terjadi apabila sel-sel prostat mengalami mutasi dan bertambah tanpa terkawal. Risiko menghidapi kanser prostat juga bertambah apabila umur melebihi 45 tahun.

Purata umur penghidap pada masa mula didiagnosis adalah 70 tahun. Di Amerika Syarikat, ia telah kerap terjadi di kalangan lelaki berketurunan Afrika.

Antara orang terkemuka yang meninggal dunia akibat kanser prostat termasuk bekas presiden Perancis, Francois Mitterand, presiden Zaire, Mobuto dan pelakon Bill Bixby.

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menyebabkan apa-apa tanda yang ketara berbanding BPH.

Biasanya ia dikesan melalui ujian saringan PSA (prostate specific antigen). Apabila saiz prostat bertambah, ia akan menyebabkan tanda-tanda yang serupa dengan BPH seperti kesusahan keluar air kencing, aliran kencing yang lemah, kencing kerap serta nokturia.

Selain itu, mungkin akan terdapat darah yang keluar bersama air kencing pesakit. Pada ketika ini, kanser prostat boleh dikesan secara pemeriksaan dubur kerana ciri-ciri strukturnya yang berbiji-biji kasar serta keras.

Pada peringkat lewat, sel-sel kanser prostat boleh merebak melalui aliran darah ke organ-organ lain seperti tulang, terutamanya tulang paha, serta ke paru-paru.

Seseorang pesakit akan mengalami sakit pada tulang serta masalah bernafas. Sekiranya tulang belakang juga terlibat, tekanan terhadap saraf tunjang akan menyebabkan seseorang itu lumpuh pada kedua-dua kaki.

Mengesan dan merawat

Seperti yang dinyatakan tadi, kanser prostat dikesan melalui pemeriksaan dubur serta ujian saringan PSA.

Ujian biopsi prostat melalui dubur berpandukan ultrasound (transrectal ultrasonic biopsy) juga perlu dilakukan untuk mengesahkan seseorang itu menghidapi kanser prostat.

Kanser prostate boleh dirawat secara pembedahan dengan mengeluarkan seluruh kelenjar tersebut (radical prostatectomy). Di sesetengah pusat pakar urologi, prosedur ini turut dijalankan dengan bantuan robot.

Radioterapi (sinaran X) juga boleh digunakan untuk merawat kanser prostat dengan memusnahkan sel-sel kanser.

Ia amat berfaedah terutamanya jika pembedahan tidak dapat dijalankan pada sesetengah pesakit yang berisiko tinggi.

Radioterapi juga digunakan untuk merawat mereka yang mempunyai sel-sel kanser yang telah merebak ke tulang paha dan tulang belakang.

Kaedah rawatan lain termasuk kaedah hormon iaitu penggunaan ubat untuk menghentikan sel-sel kanser prostat daripada dirangsang oleh hormon dihydrotestosterone.

Kaedah ini menghalang hormon dihydrotestosterone daripada dihasilkan dan ini akan menyebabkan sel-sel kanser prostat berhenti membahagi serta membesar.

Paras dihidrotestoterone boleh diturunkan juga melalui pembedahan dengan mengeluarkan kedua-dua buah zakar.

Ini kerana buah zakar berfungsi menghasilkan testosterone yang boleh merangsang kelenjar prostat menghasilkan dihydrotestosterone.

Kaedah rawatan hormon biasanya digunakan apabila kanser prostat telah sampai ke peringkat lewat.

Walaupun dapat mengurangkan bilangan sel-sel kanser, ia tidak dapat menyembuhkan pesakit, dan lagipun, ia cuma berkesan untuk satu hingga dua tahun sahaja.

Fungsi utama pada peringkat ini adalah untuk melegakan tanda-tanda sakit pada pesakit yang sudah tenat.

Salah satu ciri kanser prostat adalah sel-sel kansernya kebanyakannya membiak dengan perlahan berbanding kanser yang timbul pada organ lain seperti usus dan perut.

Kajian melalui pembedahan mayat (autopsi) pada lelaki yang meninggal dunia akibat punca-punca lain mendapati 30 peratus daripada mereka yang berumur 50 tahun sudah mempunyai kanser prostat dan angka ini meningkat kepada 80 peratus di kalangan mereka yang berumur 70 tahu ke atas!

Ini bermakna kebanyakan lelaki tidak akan sedar bahawa mereka sudahpun mempunyai kanser prostat serta tidak mengalami apa-apa gejala dan tanda akibat kehadiran kanser tersebut dan akan meninggal dunia akibat punca lain seperti sakit jantung bukannya kerana kanser prostat.

Akhirnya, masalah kelenjar prostat boleh diatasi sekiranya dapat dirawat pada peringkat awal. Lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dinasihatkan berjumpa doktor untuk menjalani ujian saringan melalui borang soal jawab IPSS, pemeriksaan dan ujian darah supaya gejala ini dapat dikesan serta dirawat pada peringkat awal

Read More......

19 November, 2008

Mengesan tarikh luput Tong Gas anda

Ramai kat luar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku.

Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.
Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March ( Suku pertama ),

B utk June (Suku kedua ),

C utk Sept ( Suku ketiga ), &

D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa.

Read More......

Amaran dari PDRM. Sila ambil perhatian..!!

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIABerhati- hati kawan2ku tentang masalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya….!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca nasihat ini. Saya harap anda akan sampai2 nasihat ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Read More......

Sekadar peringatan

aku forward ni dr emel aku...

skang ni,
byk urusan jual beli dijalankan melalui intenet.
dan pernagaan di iternet semakin berkembang dgn pesat di Malaysia .
dgn kemudahan yg ada,
kita boleh membeli brg yg kita suka dgn harga
yg berpatutan atau lebih murah dari pasaran.

Namun begitu,
sesetengah individu mengambil kesempatan yg ada
utk menipu pengguna2 di internet.

Siapa ABDUL MUTALIB BIN AHMAD?
siapa kenal?
bg yg dah lama membeli barang
melalui internet atau buat bisnes,
semestinya sudah kenal
siapa dia si kaki penipu ini.

Dulu dia terlibat dgn forex,
berapa ramai yg kena tipu.
satu lagi kat e-bay,
pun ramai yg kena tipu.
sbb kat e-bay penguna perlu
bank-in dulu sebelum barang tersebut dihantar.
jadi,risikonya amat tinggi utk ditipu,
dgn cara inilah
ABDUL MUTALIB ni menipu ramai org.

Rasa2nya,
dah byk laporan polis dibuat terhadap YB MUTALIB tu,
tp cam x kena tangkap pun.
dan sekarang dia masih aktif menipu di internet.

Baru2 ni,
member sy nk membeli laptop
dan telah membuat survey di mudah.com.
lalu terjumpahlah satu laptop sony VAIO
yg tinggi jgk dia punya specs,
dan harga yg ditawarkan teramat murah.
kat bwh ni iklan tersebut.
Sony VAIO VGN-AR690U Blu-Ray Laptop RM2500

Price: RM 2 500

VAIO AR690 notebook. It boasts a 1080 HD multimedia powerhouse with Blu-ray Disc technology
and 17" widescreen display with XBRITE-HiColor LCD technology.I purchased this laptop when I was in U.S. last December

Here are the things you'll get with the laptop:

1. Intel Core 2 Extreme X9000 @ 2.8GHz
2. 2x 2GB PC2-5300 RAM (4GB Total)
3. 160GBx 2 SATA Hard Drive on RAID
4. nVidia GeForce 8600m GT
5. 17" 1920x1080 FullHD Monitor
6. Blu-Ray Writer
7. Power Adapter
8. 1 Standard BPS9A/B Battery
9. 1 High Capacity BPL9 Battery
10. Remote Control + Receiver
11. Sony HDMI Cable
12. ATI Digital TV Tuner (NTSC + ATSC) with Cable
Card support.guarantee this will work
here(Tv1,2,3, 7 n tv9).
13. Original Restore DVD
14. Genuine Windows Vista Ultimate operating
system and Ori DVD
For fast deal arrange for meeting by calling me at 0128801614.ONLY MEET SERIOUS BUYER do not call me if u just wanna play or just look at my laptop.Personal 3 month money back guarantee.

Oleh kerana member sy dok KL
tp dia dok kat sarawak,
dia suruh member sy bank-in duit dahulu.
Dan dia jgk mintak salinan IC member sy,
kot2 member sy nk menipu la,
dia jugak ada antar salinan IC dan
no akaun nya.

IC boleh ditipu,
tp nama dalam akaun bank x blh di ubah,
nasib baiklah kami dah kenal sgt ngn nama

ABDUL MUTALIB BIN AHMAD.
Account no: 111057101917 (MAYBANK)

Benda laen dia blh tipu,
tp no akaun dan nama tetap sama,
jd berhati2 lah klu berurusan dgn mkhluk Allah
yg bernama abdul mutalib tu.

Muka nampak alim jer kan ,
pada hari yg sama jgk kami ada terbaca berita pasal
Noordin Mat Top,
alah...
pakar bom yg dikehendaki oleh
kerajaan indon tu lah,
pasal terlibat ngn pengeboman di Bali tu.

Nampak ada persamaan kan gmbar
Nordin Mat Top dgn
Si abdul mutalib tu,
so,mustahil lah klu gmbr dlm mykad tu dah di editkan.

Selain tu, kat bwh ni penipuan yg dia buat kat Low Yatt.net...

Hi guys,
If anybody have info about this FAKER please INFO me. For those who don't, take this info as a PRECAUTION!! !.
TAKE NOTE OF THESE INFOS BELOW ESPECIALLY ACCOUNT NO AND HANDPHONE NO!!!!!

Last week, my friend browse around http://www.mudah. com.my and found a Sony vaio ad.
and then Last Friday (31/10/2008) , my friend just got cheated by this guy who made the ad by giving him RM800 deposit!!!!:

NAME (as he claimed): ABDUL MUTALIB BIN AHMAD
FAKE IC NO: 7607405-13-5673 (7607405 is 7 digit, thats obviously wrong, haiya doh.gif)
HP NO: 019-4531335
ADDRESS: NO.240, Lorong 2A, Jalan Setia Raja Tabuan, 93350 Kuching, Sarawak .

He also gave 2nd contact person and hp no:
NAME: MAZUIN BIN AHMAD
HP NO: 012-8924465

He gave my friend a fake ic copy, damn!!
He photoshopped the ic..obviously look fake!!
unfortunate for my friend, didn't consult me first about this.

At first, he ordered my fren to bank in his account:
Account no: 111057101917 (MAYBANK)
Account Holder: ABDUL MUTALIB BIN AHMAD (i checked with maybank2u, it is really ABDUL MUTALIB BIN AHMAD's ohmy.gif)

Then, he said his account got credit card problem, then gave his proclaimed cousin account:
Account no: 161051413009
Account holder: ISMANDI ISMAIL (checked correct with maybank2u)

After he got the RM800 deposit, he never answered my friend call.
There is one time, a boy answered the call and the boy said "Dia tak de, dah pegi masjid"
Hmm, cheated people but also have time to go to mosque, damn u!!!

Selain tu,
dia juga cuba menjual laptop
kt forum Tanya@Putera.
Ni ayat simpati dia...

Samekom, disini saya ingin menjual laptop saya.. Saya terpaksa menjualnya atas sebab terdesak nak guna duit..
Saya jual sangat2 murah... Saya membelinya dengan harga rm4900... Saya hanya akan menjual sehingga Isnin ini sebab saya nak guna duit itu pada Isnin ini... Thanks..

Barang:Sony Vaio SZ75gn

Pakej termasuk: laptop, bag, warranty card, mouse

Harga:rm2000( nego)

Jaminan:18 bulan

Cara berurusniaga: COD or postage

Lokasi penjual:Miri, sarawak

Cara hendak dihubungi PM/Telefon:tiny_ angelo@yahoo. com

Usia barang:6 bulan

Keadaan barang:Sangat baik.jarang guna. sibuk dengan kolej

Gambar:tak tahu nak upload macam mana.. xde scan

Alasan hendak jual: Nak bayar bil hospital, ayah sakit

Jualan ini dibuka sehingga sehingga hari Isnin ini sahaja..

Dia ada byk no fon,
antaranya..

1. 0168845284
2. 0194531335
3. 0168746663
4. 0128801614
5. 012-8924465

dan beberapa alamat yg berbeza,

1. 28A Piasau Utara 1 , 98000 Miri Sarawak.
2. NO.240, Lorong 2A, Jalan Setia Raja Tabuan, 93350 Kuching, Sarawak .

No Ic yg pernah dia gunakan

1. 760405135673
2. 760705135673/ K418613
3. 760704-13-5673 / K641624
4. 7607405-13-5673
5. 660715-13-5673

Mcam2 la taktik dia,
dia cuma ubah 6 angka depan jer.

Tp,
nama dan no akaunnya tetap sama.
jd tlg lah ingt nama dan no akaun ni,
supaya anda x tertipu nanti..

ABDUL MUTALIB BIN AHMAD.
Account no: 111057101917 (MAYBANK)

So,
nasihat aku,
klu nk beli apa2 kat dunia siber ni,
jgn bank-in duit dulu,
prefer COD @
cash on delivery .
yg tu lebih selamat.
jgn dok percaya bulat2
kat internet ni,
ngn org yg anda x pernah jumpa.
Akhir kata dari aku,
Selamatkan duit anda dari di tipu....
zasssss!!!!

Read More......

14 November, 2008

Ambil perhatian semasa bayar tol

Untuk kengkawan sumer ..,
Mintak ambik perhatian semua bila membayar tol harap kita tunggu lampu hijau nyala baru kita jalan..( kan dekat tol gate tu ada lampu cam trafik lite tu, terutama yang xde guna palang).. Bukan sebab apa, sebab untuk mengelakkan dari duit tol yang kita bayar tu dari 'di songlapkan' oleh mamat2 minah2 tol gate yang tak bertanggungjawab..

Dia orang ni selalu 'carik makan' dgn duit extra cenggini la.. bila lepas bayar tol tu, sepatutnya dorang akan punch that button untuk mengesahkan pembayaran duit tol kita tu.. then pastu baru lampu tu turns green tu..
but kalau lampu tu still merah, jangan jalan..ok? Itu tandanya tol attendant yg bertugas tu nak songlap duit kita tu..

Cuba bayangkan dalam satu hari ada berapa bijik kereta yg lalu lalang kat pondok tol dorang tu.. kalau sebijik kereta 50sen.., 10 kereta dah 5 ringgol.. kalau 100 keter dah berapa ek..?

Hari sabtu yg lepas ni, baru je sound satu minah yg jaga tol ni.. tak padan ngan muka decent look je.. tapi naaakkk jugak carik makan camtu. Kat tol tu aku dah bayar exact figure 50 sen.. pastu lampu belom tukar hijau lagi, so aku pun tungguuuu je kat situ.. So ini minah sudah tak tentu arah muka dia. Kira nampak arr dia ni cam gelisahh je. Then aku hulur
tangan.. Last2 dia bgi resit tol yg tah bila2 punya ntah..(tau dia memang stand by je resit tu..) but lampu still merah. Tau tak pastu dgn suara cam glabahh je..dia cakap.."..alaa, jalann je bang.."

Aku plak yg dah sedia maklum dia nak kapur duit aku ni pandanggg je kat muka dia and tanya balik..," asal tak punch..??" .dia reply balik.."dahh punchh dahhh.." (muka mengelabah gila..). "Takde,takde selagi tak hijau
lampu tu, aku takkan jalan..." kereta semakin berderet2 kat belakang. Minah tu finally punch that machine n lampu pun hijau baru aku jalan..sebelum blah aku nampak muka dia pucat abis..,and cuba nak buat2 macam takde
apa2 je..panass tul ati..( kebetulan a week before aku dah kena dengan orang yg sama, kat tol plaza yg sama, but di booth yg lain..)

Harap pesan kat kengkawan yg lain ehh..yg kita ni kehulu kehilir penat mmbayar tol, terkial2 laaa carik coins lam keter.. Takkan nak biar coins kita bayar tu 'di kapur' oleh dorang2 ni.. Heboh!....heboh!..... pada kawan2.... sahabat2..... member2...... dan semua kenalan di mane saje.




Read More......

Hati-hati ketika menggunakan komputer di tempat awam

For your information……...be careful

HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...)
CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!


cid:1.1683007240@web31703.mail.mud.yahoo.com


cid:2.1683007240@web31703.mail.mud.yahoo.com

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...
Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan

Wallahua'lam…………….

Read More......

blogger templates | Make Money Online