TAHUKAH anda yang kita menghabiskan satu pertiga daripada kehidupan untuk tidur?
Hakikatnya, tidur memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang itu. Tidur yang terganggu akan mengurangkan fokus, sekali gus menjejaskan kegiatan harian termasuk kerja.
Ada pelbagai sebab mengapa tidur anda terganggu, antaranya tilam yang tidak selesa, kehadiran nyamuk, bunyi bising, panas atau bagi wanita, kedatangan haid yang terlalu banyak terutama pada beberapa hari pertama menyebabkan anda rasa tidak selesa.
Berikut disediakan beberapa tip untuk tidur yang lebih lena, agar anda bangkit daripada tidur dengan tubuh dan minda yang segar serta cergas sepenuhnya!
Suhu bilik yang sejuk
Nyamankan suhu bilik anda. Kalau terasa panas, pasanglah kipas atau penghawa dingin. Sesetengah orang lebih sukakan bilik yang kurang sejuk dan ada pula yang berpendapat lebih sejuk lebih seronok. Terpulang kepada anda. Bila persekitaran sudah selesa, bolehlah anda tidur dengan nyenyak.
Mandi sebelum tidur
Badan akan rasa lebih selesa selepas mandi. Sarungkan baju tidur kegemaran anda, tidak kisahlah walaupun rupanya sudah tidak serupa baju tidur, tetapi ia tetap yang paling selesa bukan? Lagipun masa tidur tiada siapa yang hendak tengok. Baju kelawar pun okey!
Pasang lilin
Wah untuk menimbulkan suasana romantik atau untuk cipta kesan ala ‘boudoir’, nyalakan lilin. Lebih seronok kalau lilin itu beraromaterapi. Memang lena tidur, tetapi awas, jangan sampai terbakar bilik pula!
Tetapkan waktu tidur anda
Waktu tidur pun ada rutinnya! Jangan main suka-suka saja, jika tidak, kucar-kacir jadinya ‘sistem jam’ badan anda. Kalau anda biasa tidur jam 11 setiap malam dan bangun jam 6 pagi, cuba untuk tidak lari daripada jadual berkenaan. Kadang-kadang bila salah tidur atau tidur terlalu lama, boleh lesu badan dibuatnya!
Katil yang selesa
Tidak salah kalau melabur sedikit untuk bilik tidur anda. Dapatkan bantal yang empuk, gebar yang menepati kehendak anda dan sekali-sekala belilah alas tilam yang ukuran benangnya lebih halus. Walau lebih mahal, berbaloi sebenarnya. Lagipun ini semua bukannya untuk orang lain, untuk anda juga!
Jangan makan besar dan minum kafein
Elakkan mengambil makanan berat antara dua hingga tiga jam sebelum anda tidur. Ia akan menyebabkan perut anda senak dan susah pula hendak mengiring ke kiri dan ke kanan. Satu lagi, sebarang bentuk minuman yang mengandungi kafein mesti dijauhkan. Ingat, kafein bukan saja ada dalam kopi, malah teh, coklat dan air kola.
Jangan terbawa-bawa
Seharian di pejabat atau di sekolah kadangkala cukup merunsingkan. Pelbagai masalah yang timbul, kadangkala sampai tidak lena tidur memikirkannya. Sebelum anda pejamkan mata, tenangkan fikiran dan berhentilah memikirkan masalah dunia. Badan anda juga berhak untuk mendapat rehat secukupnya. Baca doa dan terus pejamkan mata. Jadi tidaklah anda diganggu dengan mimpi ngeri.
Khas untuk golongan Hawa
Kalau sedang datang bulan, memang cukup tidak selesa hendak tidur. Kadang-kadang aliran darah yang banyak membuatkan kita tidur secara menegak saja. Tidak bergerak langsung. Ini semua dapat diselesaikan dengan memakai tuala wanita yang bagus. Tip hebat: Gunakan Kotex Overnight! Dengan dwi saluran antibocor, ia memberi perlindungan ekstra untuk mencegah masalah kebocoran. Dengan pilihan 28cm dan Extra Long 32cm, ia sesuai untuk aliran banyak terutama pada malam hari. Jadi dapatlah anda tidur dengan selesa.
Pastikan bilik anda selesa dan tenang
Bilik tidur yang cantik dan kemas pasti membuatkan anda tidak mahu keluar daripadanya. Tidak perlu menggunakan khidmat pereka dalaman untuk mengubah suai bilik anda, cuma pastikan susun atur dan skima warna yang digunakan bersesuaian. Kalau anda mahukan lebih, sertai Peraduan Mimpi Indah dengan Kotex dan anda berpeluang memenangi set bilik tidur baru bernilai RM5,000. Anda hanya perlu berkongsi mengenai mimpi anda yang terindah dan hantarkan borang lengkap dengan satu polibeg mana-mana produk Kotex Overnight. Bayangkan set bilik tidur idaman yang bakal anda menangi, tentu anda tidak ada masalah untuk tidur dengan selesa dan tenang,
Jangan lupa untuk mencuba panduan berkenaan! Tidur lena secukupnya dan buaikan diri anda dengan mimpi indah!
MAKLUMAN UNTUK SEMUA
blog ini akan di ubahsuai sepenuhnya secara berperingkat-peringkat. Terima Kasih
20 November, 2008
Panduan nikmati tidur lena
Posted by Ahmad Fadzli at 11:43 AM
Labels: kisah dan teladan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment