MAKLUMAN UNTUK SEMUA

blog ini akan di ubahsuai sepenuhnya secara berperingkat-peringkat. Terima Kasih

14 November, 2008

Ambil perhatian semasa bayar tol

Untuk kengkawan sumer ..,
Mintak ambik perhatian semua bila membayar tol harap kita tunggu lampu hijau nyala baru kita jalan..( kan dekat tol gate tu ada lampu cam trafik lite tu, terutama yang xde guna palang).. Bukan sebab apa, sebab untuk mengelakkan dari duit tol yang kita bayar tu dari 'di songlapkan' oleh mamat2 minah2 tol gate yang tak bertanggungjawab..

Dia orang ni selalu 'carik makan' dgn duit extra cenggini la.. bila lepas bayar tol tu, sepatutnya dorang akan punch that button untuk mengesahkan pembayaran duit tol kita tu.. then pastu baru lampu tu turns green tu..
but kalau lampu tu still merah, jangan jalan..ok? Itu tandanya tol attendant yg bertugas tu nak songlap duit kita tu..

Cuba bayangkan dalam satu hari ada berapa bijik kereta yg lalu lalang kat pondok tol dorang tu.. kalau sebijik kereta 50sen.., 10 kereta dah 5 ringgol.. kalau 100 keter dah berapa ek..?

Hari sabtu yg lepas ni, baru je sound satu minah yg jaga tol ni.. tak padan ngan muka decent look je.. tapi naaakkk jugak carik makan camtu. Kat tol tu aku dah bayar exact figure 50 sen.. pastu lampu belom tukar hijau lagi, so aku pun tungguuuu je kat situ.. So ini minah sudah tak tentu arah muka dia. Kira nampak arr dia ni cam gelisahh je. Then aku hulur
tangan.. Last2 dia bgi resit tol yg tah bila2 punya ntah..(tau dia memang stand by je resit tu..) but lampu still merah. Tau tak pastu dgn suara cam glabahh je..dia cakap.."..alaa, jalann je bang.."

Aku plak yg dah sedia maklum dia nak kapur duit aku ni pandanggg je kat muka dia and tanya balik..," asal tak punch..??" .dia reply balik.."dahh punchh dahhh.." (muka mengelabah gila..). "Takde,takde selagi tak hijau
lampu tu, aku takkan jalan..." kereta semakin berderet2 kat belakang. Minah tu finally punch that machine n lampu pun hijau baru aku jalan..sebelum blah aku nampak muka dia pucat abis..,and cuba nak buat2 macam takde
apa2 je..panass tul ati..( kebetulan a week before aku dah kena dengan orang yg sama, kat tol plaza yg sama, but di booth yg lain..)

Harap pesan kat kengkawan yg lain ehh..yg kita ni kehulu kehilir penat mmbayar tol, terkial2 laaa carik coins lam keter.. Takkan nak biar coins kita bayar tu 'di kapur' oleh dorang2 ni.. Heboh!....heboh!..... pada kawan2.... sahabat2..... member2...... dan semua kenalan di mane saje.




0 Comments:

blogger templates | Make Money Online