MAKLUMAN UNTUK SEMUA

blog ini akan di ubahsuai sepenuhnya secara berperingkat-peringkat. Terima Kasih

03 December, 2008

Penurunan harga minyak tidak dihargai

Sudah sepatutnya, rakyat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menurunkan harga minyak dan diesel tetapi reaksi yang diberikan baik dalam media massa mahupun di peringkat bawahan nampaknya dingin dan seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Bukankah penurunan itu sepatutnya berita baik yang sepatutnya dirai bersama?

Reaksi dingin yang ditunjukkan kebanyakan pengguna seolah-olah menggambarkan adalah menjadi hak mutlak mereka untuk menikmati bekalan minyak dan diesel pada harga berpatutan lagi rendah. Pada pandangan mereka, memastikan harga minyak dan diesel di pasaran sentiasa rendah adalah tanggungjawab dan kewajipan kerajaan.

Lazimnya, apabila berlakunya kenaikan harga minyak secara mendadak, pihak kerajaan pula dipersalahkan. Inilah pendekatan konvensional yang sering digunakan oleh pihak tertentu dan individu yang tidak faham terhadap pengurusan ekonomi untuk menyemai benih kebencian terhadap kerajaan.

Sebagai pengguna, saya bagaimanapun ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana begitu prihatin dengan bebanan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat biasa seperti saya. Apa yang dilakukan kerajaan dalam menangani isu kegawatan ekonomi global termasuk dalam menentukan harga minyak dan diesel tempatan untuk kebaikan bersama.

Tapi…jangan lupa untuk penjimatan maksimum hanya ada pada RM-Saver. Mungkin kita mampu jimatkan kos minyak tetapi kos sara hidup yang lain belum pasti. Pada saya meminimumkan kos minyak kita pun sudah memadai pada kita tidak jimat langsung. INGAT minyak…INGAT RM-saver.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online