Di sini saya ade beberapa petua trdisional untuk dikongsikan bersama. Tiada jaminan ianya 100% berkesan. Tetapi anda boleh mencubanya di rumah sebagai ikhtiar....
1. Asma/semput
2. Barah
3. Batuk lelah
4. Mengurangkan Masalah Darah Tinggi
5. Sakit Hati
6. Penawar Resdong
7. Demam Panas
8. Gegata (bengkak-bengkak dan gatal)
9. Hidung berdarah
10. Berak Darah
11. Menurunkan Darah Tinggi
12. Melawaskan kencing.
13. Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
14. Hilangkan Sakit Kepala
15. Darah Tinggi
1. Asma/semput
-Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
-Daun ekor kucing dan sedikit kapur makan diramas sehingga keluar air dan digosokkan pada belakang dan dada pesakit asma.
2. Barah
-Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
-rebus daun pecah beling dan minum sebanyak 3 kali sehari,rasanya tidaklah pahit seperti minum teh o tanpa gula.
3. Batuk lelah
-Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
-Amalkan minum air madu lebah yang di campur dengan air suam.
4. Mengurangkan Masalah Darah Tinggi
-Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga boleh direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah semoga ianya berjaya.
-minum air rebusan daun pecah beling yang terbukti banyak khasiat.Rasanya tidak pahit.
5. Sakit Hati
Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.
6. Penawar Resdong
Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan.Mengamalkan perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya. Lakukan ini setiap kali mengambil wuduk atau pun sampai kesatu destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang kerumah malah kemana saja. Amal kesannya sungguh menakjubkan.Jika rasa gatal pada mata atau wajah ambil tuala basahkan dengan air suam dan tekap pada wajah untuk medakan kegatalan jangan di garu nanti bertambah parah.
7. Demam Panas
-Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
-ambil daun bunga raya dan 7 butir beras dan sedikit air diramassehingga keluar lendir dan selawat sebanyak 11 kali dan sapu pada kepala ,perut atau jaram/sapu seluruh badan.Ulang sehingga panas berkurangan.peringatan jangan jaram/sapu masa matahari naik (12.00-2.00 tengahari). Seeloknya waktu pagi atau malam.
8. Gegata (bengkak-bengkak dan gatal)
Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
9. Hidung berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
10. Berak Darah
Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang
11. Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.
12. Melawaskan kencing
Ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.
13. Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.
14. Hilangkan Sakit Kepala
Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala , biarkan selama 1/2 jam insyaAllah hilang sakit kepala.
15. Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada allah.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari ,Insyaallah dengan izin Allah,selamat mencuba.
MAKLUMAN UNTUK SEMUA
blog ini akan di ubahsuai sepenuhnya secara berperingkat-peringkat. Terima Kasih
26 November, 2008
Petua-petua perubatan tradisional
Posted by Ahmad Fadzli at 10:01 AM
Labels: kisah dan teladan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment