Hari minggu lalu, aku, bini aku, dan jiran telah pergi ke Pusat Sain Negara (psn). Tujuannya adalah untuk menghabiskan masa Hari Minggu. Mengikut perancangan asalnya, kami bercadang untuk ke Sunway Lagoon. Tetapi memandangkan cuaca pada hari tersebut seperti tidak mengizinkan, kami menukar perancangan untuk pergi ke tempat lain. Antara tempat-tempat yang dicadangkan adalah Planetarium Negara, Genting Highland, Petrosains dan tentunya psn. Setelah berbincang sambil breakfast kat nasi lemak Kg Bharu, kami mendapat keputusan untuk ke psn. Bermulalah perjalanan kami pada pagi itu ke Pusat Sain Negara di Bukit Kiara KL. Ternyata pilihan kami salah sama sekali. Nak tahu kenapa...???
Kami bertolak dari Kg Bharu dan sampai ke Sri Hartamas dalam masa +- 15 minit. Di sana kami menghabiskan masa selama hampi 30 minit untuk mencari jalan ke psn. Agak mengecewakan rasanya kerana, tempat yang sepatutnya menjadi tempat kebanggaan rakyat Malaysia dan tumpuan pelancong tiada tunjuk arah yang cukup. Namun kami terus mancari kerana mengharapkan keseronokan ada di psn. setelah ber'tawaf' beberapa kali di atas jalan yang sama, kami mengambil keputusan untuk bertanya kepada seorang pekerja di sebuah stesen minyak di sana. Terima kasih kepada yang membantu memberi tunjuk arah untuk ke psn. dan kami sampai ke destinasi....
Sampai di pintu pagar psn, kami membeli tiket di situ. Harga yang dikenakan adalah sebanyak RM 6 setiap seorang. kami pun masuk ke dalam psn. Pada mulanya agak mengkagumkan, kerana pintu masuknya adalah sebuah akuarium besar yang menempatkan berbagai jenis ikan air tawar seperti patin, patin albino, tengas, kaloi, kaloi sabah, keli, arapaima dan bermacam2 lagi. Kami pun ambil kesempatan untuk merakamkan gambar kenangan di situ. Kemudian kami masuk ke kawasan yang dihias seperti keadaan di dalam hutan sepanjang +- 20 kaki. di sini keterujaan kami masih tinggi walaupun haiwan di dalam 'hutan' tersebut semuanya patung.Sehinggalah kami terus masuk ke dalam perut psn.
Kemudian segmen angkasa lepas. Memang kami teruja melihat segmen ini dari luar. Tetapi, apabila kami masuk ke dalam, ianya hanya indah khabar dari rupa. Kerana, kebanyak alatan pameran di sana telah rosak seperti tidak dijaga dengan sempurna.
kemuadian satu persatu peralatan pamiran di situ didapati telah rosak. Kami telah mula berasa kecewa. Masalah tersebut membuatkan seluruh perjalanan kami seperti sia-sia. apa yang menarik di psn pada aku......hanyalah akuarium besar di pintu masuk.
Kami pulang dengan rasa hampa yang amat sangat. Tapi, mungkin kerana kami telah berusia dan tidak sesuai lagi untuk ke psn. Mungkin untuk kanak2 sekolah rendah akan berasa seronok di sana. Lagi pun tempat tu hanya di penuhi oleh kanak2 sekolah rendah. Pelancong asing..?? x nampak pun.
So, aku rasa pihak PSN kene wat sesuatu untuk menarik minat pelancong ke situ.
MAKLUMAN UNTUK SEMUA
blog ini akan di ubahsuai sepenuhnya secara berperingkat-peringkat. Terima Kasih
11 November, 2008
Pusat Sain Negara
Posted by Ahmad Fadzli at 1:07 PM
Labels: kisah dan teladan, suara hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment