Kelab ini lebih dikenali dengan nama pendeknya C-TWELVECLUB atau C.T.C. Mula ditubuhkan seawal July 2003 dan mempunyai keahlian seramai 220 orang sehingga kini . Kelab ini telah memperolehi kelulusan oleh pendaftar penubuhan (R.O.S) pada 15 September 2004 dan kini sedang bergiat aktif menjalankan aktiviti rasmi kelab. Diantara tujuan-tujuan asal penubuhan kelab ini adalah:
1. Menggalakkan dan mengeratkan perpaduan di kalangan pemilik kereta Proton Saga dan Iswara melalui aktiviti sukan, Sosial dan Kebajikan.
2. Menanam sikap tanggungjawab dikalangan ahli supaya berhati-hati dijalanraya bagi mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan pemandu kereta yang semakin bertambah setiap tahun.
3. Memberi bimbingan, nasihat dan kursus kepada ahli ahli mengenai keselamatan jalanraya dan kaedah memandu yang betul dan selamat.
4. Meningkatkan kesedaran dikalangan semua pemandu kereta Proton Saga & Iswara supaya mematuhi peraturan keselamatan jalanraya.
5. Mengalakkan orang ramai menggunakan kenderaan buatan negara serta menggekalkan produk buatan negara dari terus ditelan oleh arus peredaran zaman.
6. Memberi bimbingan dan tip-tip penjagaan kenderaan buatan negara agar tidak mudah rosak dan selamat digunakan.
Selain dari tujuan seperti diatas kelab ini juga sering memberi sokongan dan mempromosi Syarikat atau Individu yang memerlukan khidmat kami sekiranya diperlukan. Aktiviti yang dijalankan oleh kelab ini adalah berdasarkan sikap ingin berkawan dan prinsip kekeluargaan. Oleh itu tidak hairanlah jika kebanyakan aktiviti kelab ini bercorak kekeluargaan. Diantara aktiviti yang sering dijalankan adalah seperti Konvoi, Perlawanan Persahabatan, Majlis Sambutan Harijadi, Kenduri Kahwin, Autoshow dan Sebagainya. Bagi menghargai jasa setiap ahli yang berdaftar bersama kelab ini, para AJK sedang giat memperlbagaikan faedah-faedah keahlian, diantaranya :
1. Pengeluaran Kad Keahlian.
2. Bayaran Rendah Untuk Aktiviti Rasmi Kelab.
3. Baju Rasmi Kelab.
4. Bengkel Panel.
5. Lain-Lain
Oleh itu kepada mereka yang berminat untuk menganggotai kelab ini, anda bolehlah menghadirkan diri ke lokasi perjumpaan rasmi kami di :-
Tempat : RESTORAN YAYASAN, DANAU KOTA,KL
TARIKH : SETIAP AHAD MINGGU PERTAMA &
KETIGA
MASA : 5.00 PETANG
"Akhirkata kesefahaman dan kerjasama itu adalah tiang asas untuk sesebuah club terus maju dan berkembang. Oleh itu marilah kita sama-sama mengamalkan sikap tersebut untuk kepentingan bersama.
MAKLUMAN UNTUK SEMUA
blog ini akan di ubahsuai sepenuhnya secara berperingkat-peringkat. Terima Kasih
10 November, 2008
Kelab Pemilik Proton Saga Dan Iswara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment