MAKLUMAN UNTUK SEMUA

blog ini akan di ubahsuai sepenuhnya secara berperingkat-peringkat. Terima Kasih

06 November, 2008

Aku kemalangan lagi.....buat kali ke-4

Seperti tajuk di atas, buat kali ke-4 aku kemalangan lagi. Kalau sebelum-sebelum ni berpunca dari kesilapan orang lain, kali ni atas kesilapan aku sendiri....

Aku telah melanggar kereta HONDA CITY kepunyaan seorang pekerja di sebuah sekolah di kawasan Ampang. Kemalangan berlaku di depan Tesco Ampang semasa perjalanan pulang ke rumah aku selepas habis kerja. Kemalangan berpunca atas kecuaian aku sendiri dan berlaku sangat pantas, walaupun kelajuan kenderaan aku x sampai pon 10 km/j. Kerosakan dari kemalangan itu, bumper belakang honda tu kemek dan bracket bumper belah kanan tercabut. Kereta aku pulak, Grill depan hancur, breket bumper depan kemek, bumper depan rosak ( sib baik leh bakar balik. Mesti korang x percaya sebab dgn kelajuan yg x sampi 10 km/j pon boleh menyebabkan kerosakan sedemikiankan...??

Ok...aku ceritakan perjalanan kejadian petang tu. Sebenarnya, aku tidak tumpukan perhatian sepenuhnya semasa memandu menjadi punca kejadian. Pada waktu tersebut, kesesakan lalulintas berlaku di kaw. tersebut. aku memandu seperti biasa....traffic jam...laju mn sgt...
disebabkan itu, aku merasa bosan dgn siaran radio yg aku dgr. So, nak dijadikan cerita...aku tukarlah chanel radio sambil melihat ke head unit audio kereta aku.....

Dalam masa aku melihat kehead unit kereta aku tulah......DENTUM...Bila aku pandang je depan, aku dah sondol kete depan daaa.....Owner honda tu turun dan tgk kereta dia....aku ckp kite benti dpn cite.....aku turun kete, mintak maap, ngaku salah....die pon cool....

so, aku suruh hantar kete kat bengkel dan aku tanggung.....melayanglah beberatus ringgit.....

Moral dr cerita ni.....TUMPUKAN PERHATIAN YANG PENUH SEMASA MEMANDU....

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online