S aya teringin nak membincangkan perihal kenapa masih ada sesetengah orang susah nak berjaya dalam MyMode sedangkan dalam masa yang sama, ramai pula yang senang sangat berjaya. Di manakah silap kita?
1) Mungkin kita hanya fokus mencari prospek yang jauh, tanpa kita perasan prospek yang ada disekeliling kita sendiri. Teringat saya kisah yang pernah diceritakan oleh salah seorang downline saya di forum (En Abd Rahim)
“Ni kisah saya,
Saya ada sorang downline nama dia A (nama samaran) saya kempen dia join mymode dan dia setuju, terus saya register kemudian saya terangkan pada dia bahawa untuk downline yang direct nih kita elok taja sedara mara atau kawan kita dahulu sebab satu masa nanti kita kena bantu diaorg untuk naik ke Chief Mobile dan ianya juga untuk tujuan kenaikan pangkat kita. so si A nih tadi call la kakak dia yang duduk kat Johor, malangnya apa yang dia dapat tau dari kakak dia itu amat memeranjatkan dia. nak tau apa jawapan kakak dia.........?
Kakak si A nih tadi bagitau bahawa dia dah 3 bulan join mymode dan belum ada downline lagi...”
Moralnya: Itulah yang terjadi sekiranya kita tidak bercerita dan bertanya, adik dia sepatutnya jadi downline dia bukan downline saya tetapi sebab kakaknya tidak bercerita dan bertanya maka si A jadi downline saya. kita kena tackle sedara mara kita dahulu, jangan sampai org lain yang dapat...
Strategi:
Identify 2,3 ahli family yang dah tersebar ke seluruh malaysia
Identify 2,3 member rapat dari 3,4 buah sekolah yg kita dah pernah belajar
Identify pakwe/makwe/suami/isteri
Identify 2,3 orang dari phonebook kita yang sampai penuh memory simcard tu
Identify 2,3 orang dari adressbook dalam email kita yg berpuluh2 tu
Rasanya, bukan sahaja 8 orang, lebih dari tu pun kita leh dapat. Sekiranya anda ketika ini masih MA, anggap saja sebenarnya anda sendiri yang tak mahu bergerak dari MA. Bayangkan jika orang yg kita daftarkan tadi pun buat mender yang sama... STARCM dah dalam tangan...
2) Mungkin kerana kita terlalu yakin dengan keselesaan yang kita kecapi sekarang. Kita rasa kita selesa dengan gaji bulanan kita... Dengan jawatan kita.. membuatkan kita rasa tak perlu nak bersusah payah lebih untuk memperbaiki tahap ekonomi kita. Atau mungkin kepada yang masih bujang, merasakan dia tak banyak komitmen, maka lepas makan, lepas rokok, dah cukup. Tanpa melihat keadaan akan datang bila sudah berumahtangga... anak-anak makin ramai.. makin membesar.. perbelanjaan sekolah.. Perbelanjaan harian yang makin meningkat dengan kenaikan harga barang yang tak selari dengan kenaikan gaji.. tahap kesihatan kita yang tak menentu... dan berbagai lagi.
Kerana itu saya melihat, ramai yang betul-betul memberikan komitmen dalam MyMode adalah mereka yang mengalami desakan hidup. Faktor desakan hidup membuatkan kita sanggup buat 2,3 kerja dalam satu masa. Sanggup buat OT 3,4 jam sehari. Sanggup bekerja 2 shift dan sebagainya. Tapi malangnya kekuatan ini biasanya datang apabila kita dalam keadaan betul-betul terdesak sahaja. Bagi yang bujang, yang takde komitmen, selalunya tiada semangat ini. Tapi kenapa kita kena tunggu bila dah 'tersepit' baru nak berusaha? Kenapa kita tak sediakan payung sebelum hujan?
Strategi:
Tak kisah lah apa pun pekerjaan anda dan pendapatan anda sekarang, cuma luangkan 2,3 jam sehari dari masa yang terluang untuk membina rangkaian anda. 2 tahun lepas, saya membina rangkaian untuk diri saya. Setahun lepas itu, anak pertama saya lahir, dah saya daftarkan satu simcard lagi untuk dirinya (tapi guna nama saya juga la). Kini, dalam usia anak saya 1 tahun setengah, dia dah berpangkat 4StarCM dan walaupun rangkaiannya masih baru dan belum betul-betul berkembang, kini dia dah mempunyai pendapatan bulanan RM400-500 sebulan. Rasa rasa usaha saya berbaloi. Rangkaian downline dibawahnya kini semakin membesar, dan saya jangka lagi 2,3 tahun income dari simcard berkenaan sudah boleh menampung perbelanjaan Taska Smart Reader nya. Kini giliran anak kedua saya yang dijangka lahir pada awal bulan 3 nanti. Saya dah stanby satu lagi simcard untuk saya develope untuk dirinya pula. Kalau mengikut strategi saya, berapa ramai pun tanggunan saya, ia bukan lagi satu beban. Malah saya sedang membuat financial plan jangka panjang untuk anak-anak saya.
3) Dari kajian yang telah dibuat oleh salah satu MLM company (tak perlu disebutkan), peratus paling tinggi kegagalan agent yang melibat kan diri dalam Networking business adalah pada 3 bulan yang pertama. Sekiranya agent tersebut mampu bertahan dan meneruskan usahanya (beerti usaha dan semangat dia pada bulan ketiga sama kuat lagi sengan usahanya pada masa dia mula-mula join) maka peluang dia untuk berjaya, amat cerah. Tapi selalunya, dah la usaha tak seberapa, lepas 2,3 bulan bila tengok hasil kurang, terus putus asa. tambah buruk lagi, menyalahkan sistem perniagaan yang diceburi. Ingat, pengunduran anda tidak akan merugikan dan menjejaskan orang lain. Kerana disaat anda berundur, beratus lagi yang mula menyertai MyMode. Di kala anda merasakan inilah masanya untuk anda berputus asa, berpuluh lagi orang baru yg gigih berusaha dan tak putus asa terus berjaya.
Strategy:
Jangan sesekali membuat matlamat jangka pendek. Contoh: "Aku nak try buat seminggu.. nak tengok bagaimana hasilnya."
Jangan sesekali buat matlamat yang tidak logik untuk anda capai. Contoh: "Aku buat 2 bulan, at least aku nak dapat income RM2000-3000 sebulan.
Cara yang betul:
1) Bulan pertama: "Aku buat ni lepas untuk belanja prepaid aku dan keluarka aku cukup lah"
2) Bulan kedua: "Dapat buat menambah untuk bayar bill Api/Air jadi lah..."
3) Bulan ketiga: "Asal lepas untuk bayar bill-bill (streamyx, astro, api, air, prepaid) pun syukur..."
Jika anda meletakkan indicator atau jangkamasa 3 bulan untuk nampak hasil, maka usaha anda perlulah setimpal dengan matlamat anda. Jangan kata, matlamat dalam 3 bulan nak jadi SuperCM. Tapi anda sendiri sebulan baru dapat registerkan 2 agent baru (sepatutnya, sekurang-kurangnya anda mampu cari 3 orang seminggu). Saya yakin dalam pekerjaan anda sekarang, anda tak pernah set target selepas kerja 3 bulan nak naik pangkat, betul tak? Kadang-kadang 3 bulan tuh surat confirm pun belum dapat lagi.
4) Mungkin kita terlalu statik. Kita kekal pada takuk yang lama. Cara promosi anda... pendekatan anda, kekal sama tidak berubah-ubah. Dah tahu hari tu buat tak berkesan, keep on buat perkara yang sama juga. then after a few trial, mula fed-up. Sepatutnya tak boleh begini. Jika strategi anda contohnya jemputan melalui email, tidak mendapat sambutan, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena. Maka perlu kaji semula. Mungkin ayat anda tidak cukup menarik. Mungkin penerangan anda agak meragukan atau mengelirukan. Jadi perbaiki. Ubah pendekatan anda. Be more creative. Cuma lihat apa yang orang lain buat. jangan copy bulat-bulat idea orang... amik sikit-sikit dan olah dengan idea anda sendiri. Ketahui target user anda dan bagaimana cara untuk approach.
Contoh:
Jika student, jika boleh cerita tentang kuasa beli yang ramai. Jadi dengan menjadi agent, tidak sukar untuk dia membuat jualan yang besar dan mendapat sales pool tambahan. terutama mereka yang duduk di kolej dan kawasan jauh dari kedai handphone.
Jika seorang ayah, mungkin kita boleh bercerita tentang plan jangka panjang seperti yang saya beritahu sebelum ini. Atau jika anak-anak mereka ada yang belajar di university dan sebagainya, maka automatik akan jadi prospek dirinya sendiri.
5) Sentiasa merasakan yang kini semakin kurang prospek kerana dah terlalu ramai yang menjadi agent MyMode. Malah ada yang berangan terlalu jauh dengan bertanyakan "Abis kalau semua dah jadik agent MyMode, macamana nak untung?". Orang yang sentiasa merasakan tiada prospek, maka dia tidak akan berjumpa dengan prospek. Mari buka sedikit minda anda.
Sehingga 2007 ada 18juta pengguna prepaid di Malaysia. Pengguna prepaid, bukan pengguna Handphone. jadi berapa ramai Agent MyMode seluruh Malaysia sehinga sekarang ini? Hanya sekitar 250,000 orang (termasuklah agent yang dah mati, dah tidur, dah putus asa dan sebagainya). Sehingga kini, baru 1.4% orang yang tahu mengenai peluang perniagaan ini. Bagaimana boleh kita kata semua orang dah tahu?
Tahukah anda ada berapa ramai pelajar lepasan SPM tahun lepas? Saya tak tahu. Apa yang saya tahu jumlah pelajar yang menduduki SPM tahun 2006 adalah seramai 416,735 orang. Beerti kini mereka samada dialam university, menganggur, atau di kilang-kilang papan. jika nak diambil student sahaja sebagai indicator prospek pun ia sudah 2 kali ganda total agent Mymode yang ada. Jika dikaji dari sudut ini sahaja, kita dapat lihat kelahiran 'prospek-prospek' kita setiap tahun.
Malah sekiranya anda hanya menumpukan promosi secara online, setiap tahun pengguna internet malaysia bertambah melebihi 20% setiap tahun. Ini antara 1-3 juta pengguna baru setiap tahun.
6) Kita tersalah memilih role model. Kita sering menjadikan orang yang gagal sebagai role model kita. "Ah! Upline aku pun tidur... so macamana?" Kadang-kala kita terlalu kecewa dengan downline. "Saya dah buat macam-macam dah. ajar, bimbing, bantu carikan downline, tapi diorang mati jugak. Tak nak langsung bergerak sendiri". Jangan begitu... saya tak pernah putus asa dalam membimbing agent dibawah rangkaian saya. Mati ker hidup ker... tidur ker.. saya tetap tak henti-henti memberikan tips dan sebagainya. Saya hanya buat kerja saya dan selebihnya kita serahkan kepada tuhan yang menentukan.
Jangan silap memilih role model. Untuk berjaya, maka jadikan mereka yang berjaya sebagai role model. Orang lain gagal kerana silap mereka dan tidak seharusnya memberikan kesan kepada kejayaan anda. Jika saya kata "Kau tak payah buat la MyMode ni, sebab orang macam kau kalau buat pun takkan kemana....". Adakah anda akan benarkan kenyataan saya?
Setiap pangkat mempunyai keistimewaan tersendiri dan semakin tinggi pangkat yang dicapai oleh seseorang Agen, semakin lumayanlah bonus mingguan/bulanan yang akan diterima. Jangan cepat berputus asa dan usahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai pangkat tertinggi di dalam sistem ini.
Sesetengah orang akan kata: "Dapat sikit-sikit pun jadi lah... daripada tiada langsung"
Sesetengahnya pula berkata: "Alah... rezeki secupak manakan boleh jadi segantang...?"
Patutnya kita kata: "Kalau kita bleh dapatkan semuanya, kenapa pula kita nak ambil sikit jer?"
Kejayaan tidak mungkin dan mustahil akan datang kepada orang yang hanya duduk-duduk mengharap. Jika kejayaan boleh datang dengan setakat dudukduduk mengharap tanpa berusaha, sudah tentu manusia tidak perlu bekerja dan berusaha. Benar, ulat dalam batu boleh hidup. Tapi anda adalah manusia, bukan ulat.
" AIM FOR THE TOP, NOT AIM TO BE AMONG THE BOTTOM "
Untuk penerangan yang lebih terperinci, sila baca MYREWARDS PLAN.
7) Promosikan laman web anda dengan cara menghantar email kepada semua rakan-rakan anda. Mungkin ada yang tak tahu bagaimana caranya. Jadi saya dah pun karangkan email untuk anda. Apa yang perlu anda buat, hanya select & copy sahaja tulisan dalam kotak kuning dibawah, kemudian send kepada rakan-rakan menggunakan email anda. Kalau nak hantar email pun tak tahu, susah lah saya nak ajar lagi... Dan jika dah dibantu sehingga begini pun anda tak buat, anda sebenarnya bukan mensia-siakan bantuan saya tapi anda sebenarnya dan mensia-siakan peluang anda sendiri.
KEPADA YANG BELUM JOIN SILA KLIK SINI..
MAKLUMAN UNTUK SEMUA
blog ini akan di ubahsuai sepenuhnya secara berperingkat-peringkat. Terima Kasih
21 October, 2008
WASIAT JANUARI-KENAPA SUSAH NAK BERJAYA DALAM MYMODE
Posted by Ahmad Fadzli at 3:51 PM
Labels: Perniagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment